29 Januari 2010

rantai mimpi belenggu hidup

....huahua dah le aku bizi dengan urusan hidup seharian..ditambah dengan beban tanggungjawab yang berat,..dihimpit dengan masalah yang bermacam ragam...diharap oleh mereka yang belum mengerti,...dan macam macam situasi yang kurang selesa,...pulak tu asal tido malam je mesti mimpi,...bila bangun subuh je,..mesti ingat apa yang dimimpikan...aku makin pelik,..aku terus mencari jawapan daripada ilmu yang Dia turunkan tanpa rasa jemu...kerana aku yakin sesuatu yang dijadikanNya pasti bersebab...
sejarah ada menceritakan mimpi yang menghantui sang raja pada zaman nabi Yusuf a.s.. dikisahkan sang raja selalu saja diganggu oleh mimpi itu ketika dia berjaga...hingga menimbulkan persoalan difikiran beliau dan menyebabkan beliau gelisah...sejarah ini dipetik dari alQuran dan boleh dikatakan seluruh penganut Islam mengakui kebenaran cerita ini..maka aku semakin yakin bahawa mimpi berantai yang membelenggu hidup aku pasti ada petunjuk yang semestinya harus aku pelajari...
hari berganti minggu,,.minggu berganti bulan...bulan berganti tahun,,...aku terus sibuk dengan berbagai urusan kehidupan...mimpi berantai yang terus membelenggu tak pernah melemahkan semangat juangku...walaupun jawapan yang dicari masih samar dihujung pandangan...
aku semakin sedar apa yang aku usahakan beberapa menjak ni kurang berhasil...walaupun perancangan teliti dan perlaksanaan yang dramatik...namun keberkesanan dalam perpaduan bersama mereka yang terlibat amatlah mengelirukan...aku keliru...keliru yang teramat kronik...beberapa situasi yang berlaku dalam realiti seperti pernah aku alami dalam mimpi sebelum ini...apa sebenarnya yang berlaku???..mungkinkah petunjuk yang aku minta dalam setiap doaku mula menerangi??..

1 ulasan:

  1. ape ni bro??.cite skit sangkut,.cite skit sangkut..bile nak abis ni??.aku dah seram sejuk ni kehkehkeh,,..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.