30 Januari 2010

iman singkap tirai rahsia

..hasil dari kesabaran dan penyerahan sepenuhnya pada Dia,.aku disaksikan dengan beberapa babak yang menyebabkan terbuka tirai rahsia..yang tak pernah aku sangkakan...yang menghuraikan hikmah disebalik mimpi,.realiti,,pegangan dan amalan mereka..
Maha Suci Allah dari fitnah orang yang mendengki..yang bersekutu dengan tentera iblis,..yang beriman pada amalan khurafat...yang taksub mempercayai ajaran nenek moyang mereka.,,
yang jahil akan hikmah ilmu huraian alQuran..yang dimaksudkan sebagai sihir...
syukur aku pada Dia di atas segala kurniaan rahmat dan perlindungan...
tangisan air mata ini hanya untuk Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..yang mengajar manusia dengan ilmuNya...kepada siapa yang dikehendakiNya..
pehh!!,,ni dah masuk bab kronik ni geng...nanti makin confuse kepala otak korang fikir tentang kisah seram aku ni..haha,,aku nasihatkan bawak bersabar.,tenangkan minda..rehatkan rohani... agar hikmah disebalik cerita ni dapat kita manfaatkan bersama...
kisah ni menyingkap tabir mimpi,.realiti,.sihir,.iman dan hikmah..oleh sebab cerita ni akan aku bukukan,.jadi buat sementara ni boleh la korang join Perse Kutuwan Kampung Dawaiemas untuk menjadi ahli..aku akan pastikan korang dapat ikuti cerita ni dari masa ke semasa..

Lastly,.kalu ada terkasar bahasa,. tersilap bicara..atau tersalah sangka..maaf aku pohonkan..salam muzakarah aku alu alukan,..semoga bertemu lagi..Assalammualaikum!!!

29 Januari 2010

rantai mimpi belenggu hidup

....huahua dah le aku bizi dengan urusan hidup seharian..ditambah dengan beban tanggungjawab yang berat,..dihimpit dengan masalah yang bermacam ragam...diharap oleh mereka yang belum mengerti,...dan macam macam situasi yang kurang selesa,...pulak tu asal tido malam je mesti mimpi,...bila bangun subuh je,..mesti ingat apa yang dimimpikan...aku makin pelik,..aku terus mencari jawapan daripada ilmu yang Dia turunkan tanpa rasa jemu...kerana aku yakin sesuatu yang dijadikanNya pasti bersebab...
sejarah ada menceritakan mimpi yang menghantui sang raja pada zaman nabi Yusuf a.s.. dikisahkan sang raja selalu saja diganggu oleh mimpi itu ketika dia berjaga...hingga menimbulkan persoalan difikiran beliau dan menyebabkan beliau gelisah...sejarah ini dipetik dari alQuran dan boleh dikatakan seluruh penganut Islam mengakui kebenaran cerita ini..maka aku semakin yakin bahawa mimpi berantai yang membelenggu hidup aku pasti ada petunjuk yang semestinya harus aku pelajari...
hari berganti minggu,,.minggu berganti bulan...bulan berganti tahun,,...aku terus sibuk dengan berbagai urusan kehidupan...mimpi berantai yang terus membelenggu tak pernah melemahkan semangat juangku...walaupun jawapan yang dicari masih samar dihujung pandangan...
aku semakin sedar apa yang aku usahakan beberapa menjak ni kurang berhasil...walaupun perancangan teliti dan perlaksanaan yang dramatik...namun keberkesanan dalam perpaduan bersama mereka yang terlibat amatlah mengelirukan...aku keliru...keliru yang teramat kronik...beberapa situasi yang berlaku dalam realiti seperti pernah aku alami dalam mimpi sebelum ini...apa sebenarnya yang berlaku???..mungkinkah petunjuk yang aku minta dalam setiap doaku mula menerangi??..

26 Januari 2010

aku hidup dalam mimpi

First of all,..salam sejahtera pada semua yg sedang membaca kisah "aku hidup dalam mimpi".... salam perkenalan juga pada semua dan tak lupa salam persaudaraan untuk semua yang sudi berhubungan dgn aku...
heheh kisah yang dipaparkan ini berunsur pengetahuan dan kebenaran janjiNya pada hamba yang diciptakanNya sebagai khalifah di muka bumi ciptaanNya...
aku yakin kebanyakan korang mesti pernah bermimpi kan?...kadang2 mimpi indah...kadang2 mimpi aneh...kadang2 mimpi buruk...dan kadang2 tu mimpi ngeri pun ada...ini semua suatu yang benar dan wujud dalam kehidupan manusia di muka bumi ini...jadi,.tiada satu ciptaan pun yang tak bersebab..maka perlulah kita sebagai manusia mencari pengetahuan tentang kejadian mimpi yang diciptakanNya sebagai suatu yang ajaib bagi membuktikan kekuasaanNya...
kenapa pulak mimpi dikatakan ajaib?....cuba fikirkan sejenak,..apa yang berlaku jika sampan yang dinaiki hampir tenggelam di tengah lautan,,..tapi nelayan yang kemudi sampan itu dengan selamba berjalan di atas air laut untuk menuju ke tepian pantai..???confirm sape yang nengok mesti berkata ianya ajaib....sama juga seperti mimpi....kita sedang tidur,,,.tp kita dapat pergi ke suatu tempat sambil melihat,.. berkata kata,.. berjalan jalan,,.. dan macam2 lagi...,bila celik je mata,...mimpi rupanya....semoga huraian itu dapat menyedarkan kita tentang keajaiban kekuasaanNya..
aku bukan ape,..sebelum ni aku tak pernah fikir pun pasal mimpi ni...asal mimpi je mesti tak ingat apa yang aku mimpikan...xde sebab untuk aku fikir...memang aku mengaku ia satu keajaiban...memang aku mengaku ia satu petunjuk atau petanda...dan kadang2 ia cuma terbawak2 oleh khayalan sebelum tido...tapi semenjak beberapa musim ni,..aku selalu dapat mimpi yang dapat aku ingat...dan setiap mimpi ada hubungkait antara satu sama lain...membuatkan aku tertanya tanya...tambahan plak kesemua mimpi yang aku lalui seakan berlaku dalam realiti hidup aku...yang heran tu,..kenapa?????..sampai dah 2 tiga tahun masih mcm ni...aku seperti dibelenggu oleh mimpi...dan seolah olah aku hidup dalam mimpi....